Monday 6 February 2012

Pengenalan Rumah Warisan Rahimah Tompang, Pengkalan Batu, Melaka

Bismillahirrahmanirrahim...

Di awal pengenalan ini kami ingin memperkenalkan serba sedikit mengenai rumah tradisional melayu melaka ini. Rumah yang ingin kami perkenalkan ini adalah Rumah Warisan Rahimah Tompang yang terletak di Pengkalan Batu, Melaka. Rumah yang di warisi oleh Puan Rahimah Binti Tompang ini berusia 105 tahun. Pemilik pertama atau asal bagi rumah ini ialah Mamat Bin Husin dan Temah Binti Taib. Rumah ini di warisi secara turun-temurun daripada nenek moyangnya.Selain itu, rumah ini telah diwarisi sejak 5 generasi yang tedahulu.Rumah warisan ini memiliki keistimewaannya seperti penggunaan kayu-kayan seperti meranti dan jati dalam proses pembinaannya. Selain itu, rumah ini tidak menggunakan sebatang paku dalam proses pembinaanya kerana menggunakan kaedah pasak atau tanggam. Disebabkan itu rumah ini kelihatan menarik untuk dikunjungi. Selain itu, rumah ini merupakan pemenang pelbagai anugerah peringkat tempatan, daerah, negeri mahupun kebangsaan. Didalam rumah ini di pamerkan pelbagai barangan antik untuk tatapan pelawat ataupun kajian oleh pengkaji sejarah kerana nilai sejarahnya amat tinggi. Selain itu, rumah ini juga pernah dikunjungi oleh orang-orang kenamaan dan juga selalu mengadakan majlis seperti makan malam di rumah ini.


Persekitaran Rumah Warisan Rahimah Tompang

Landskap yang indah dari segi susun aturnya.



Pandangan hadapan rumah.

No comments:

Post a Comment