Monday 23 January 2012

Rumah Melayu Tradisional

Semoga video ini dapat memberi sedikit kefahaman mengenai rumah melayu tradisional...


Tuesday 10 January 2012

Lakaran Pelan Rumah Tradisional

Rumah Biasa

Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan

Rumah Bumbung Panjang Kedah

Rumah Bumbung Panjang Johor












Gambar- Gambar Rumah Tradisional




Rumah Tradisional Negeri Sembilan






Rumah Melayu Tradisional

Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh orang kebanyakan yang menampakkan betapa mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina. Ia memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.

Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau, Siam, Cina dan Barat.

FAKTOR CUACA

Faktor cuaca memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angina dibahagian bawah rumah. Tidak cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

SUMBER ALAM

Bahan binaan adalah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/ nipah menjadi dinding dan atap.

BUDAYA, AGAMA DAN ADAT RESAM

Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

PENGARUH ASING

Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung/ pengikat. Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur; praktikal dan seni.

JENIS-JENIS SENI BINA RUMAH MELAYU

Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional dan campuran yang boleh dilihat diseluruh Malaysia. Secara amnya, rekabentuk ini diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung Panjang, Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.

Sumber Rujukan:

Pengenalan Rumah Tradisional
http://malaysiana.pnm.my/senibina/Seni%20Bina%20Web/intro.html